Tuesday, September 14, 2010

Kuiz 4 : Mengenal pasti kesalahan tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikantidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekarang ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.

(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.

(iii) Tujuan Konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkat kualiti modal insan agar mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara.

(sumber: Peperiksaan percubaan SPM negeri Johor 2009)
p/s : Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.

Kuiz 3 : Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah

tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?
Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.
Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.
Sara : Er...! saya betul-betul dalam kecemasan.
Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?
Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.

(Sumber : Peperiksaan Percubaan MRSM 2009)
p/s rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan

Kuiz 2 : Membina ayat

Tulis satu ayat bagi setiap kata atau frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) daya saing
(ii) cetak rompak
(iii) berbelah bahagi
(iv) bercampur aduk
(v) mengambil alih
(vi) membaik pulih

(Sumber: Peperiksaan Percubaan 2009 negeri Terengganu)
p/s: sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.

Kuiz 1 : Jenis Ayat

Nyatakan jenis ayat bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

(i) Hantarkan tugasan itu sebelum hari Ahad
(ii) Pokok tinggi itu sudah tumbang semalam.
(iii) Tak Usah engkau mengambil tahu akan hal aku lagi.
(iv) Wah, cantiknya lukisan kamu!
(v) Bencana Tsunami banyak mengorbankan nyawa penduduk kampung.
(vi) Bilakah kamu akan berangkat ke Kuala Lumpur?

(Sumber : Soalan percubaan SPM 2009 negeri Kelantan)
p/s : Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.