Friday, February 25, 2011

Soalan klon : Ujian Setara 1 (Tingkatan 4)

Tulis satu ayat bagi setiap kata atau frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kecil
(ii) mengecil
(iii) terkecil
(iv) pengecilan
(v) kekecilan
(vi) mengecil-kecilkan

Monday, February 21, 2011

Komsas Tingkatan 5 : Sajak Dirgahayu Bahasaku


MAKSUD

Rangkap 1
Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budih, patuh, dan setia.

Rangkap 2
Bahasa Melayu merupakan maruah bangsa Malaysia yang mesti dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan ampuh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih sejahtera.

Rangkap 3
Pejuang bahasa memiliki semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa Melayu di tanah air tercinta dan mengembangan pengaruhnya ke seluruh dunia.

Rangkap 4
Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Malaysia. Mereka berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di seluruh kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa itu.

Rangkap 5
Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bangsa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baharu.

TEMA
Kedaulatan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya wajar dipertahankan.

PERSOALAN
1. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan penyatuan masyarakat.

NILAI
1. Cinta akan bahasa kebangsaan
2. Tanggungjawab
3. Hamah tinggi
4. Kesyukuran