Wednesday, December 5, 2012
Nostalgia Bahas 2011 dan 2012
Saturday, April 21, 2012
Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri Sabah (2012) Melabuh tirai
Inilah nama-nama kontigen SMK Tungku (Zon Tenggara)
1. Datu Ramlee Datu Amir Hussin (Guru Pengiring / Jurulatih)
2. Siti Zaleha Mangit (Guru Pengiring /Hakim)
3. Mapatan Sudin- SMK Agaseh (Hakim)
4. Rohani Yacob - Pendebat pertama
5. Ahmad Safuan Hulmat - Pendebat Kedua
6. Shah Nizam Latif - Pendebat Ketiga
7. Nor Hasmidar Darwis - Pendebat Keempat
8. Mohd Nawi Abd Hasirin - Pendebat Kelima
9. Ezzah Norhaziqah Hussin - Pengiring
Pasukan yang bertanding
1. SMK Tungku, Lahad Datu (Zon Tenggara)
2. SMKA Kota Kinabalu, Kota Kinabalu (Zon Barat) - JOHAN 2012
3. SMKA Limauan, Kimanis (Zon Selatan)
4. SMK Keningau, Keningau (Zon Pedalaman)
5. SMK Arshad, Kota Belud (Zon Utara)
6. SMK Sandakan II, Sandakan (Zon Sandakan)
7. SMKA Muhamad Ali, Ranau (Tuan Rumah)
8. SMKA Tun Said, Kota Belud (Juara Bertahan)
Monday, November 14, 2011
Perlantikan : Ketua Panitia Bahasa Melayu
Alhamdulillah...
Semoga berjaya
Friday, April 15, 2011
Teks Pidato Pelajar
Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasulullah....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.
Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.
Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.
Sidang saksi yang bervisi,
Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.
Sidang dewan yang dikasihi sekalian,
“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi’ dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.
Sidang dewan yang penuh santun,
Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
“Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara”, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.
Hadirin yang penuh santun,
Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”, “bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.
Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w
MALAYSIA DI PENTAS DUNIA
Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.
Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.
Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,
Di bawah lembayung kata “Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh” menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.
Sidang hadirin yang budiman,
Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci “politik di Malaysia lambang keamanan dunia”. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.
Sidang hadirin yang santun budi,
“Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama”, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.
Sidang hadirin yang penuh intelektual,
Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata “Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan”. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.
Sidang pendengar yang setia
Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.
Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.
Friday, February 25, 2011
Soalan klon : Ujian Setara 1 (Tingkatan 4)
(i) kecil
(ii) mengecil
(iii) terkecil
(iv) pengecilan
(v) kekecilan
(vi) mengecil-kecilkan
Monday, February 21, 2011
Komsas Tingkatan 5 : Sajak Dirgahayu Bahasaku
MAKSUD
Rangkap 1
Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta dijadikan bahasa pertuturan utama oleh rakyat yang mengenang budih, patuh, dan setia.
Rangkap 2
Bahasa Melayu merupakan maruah bangsa Malaysia yang mesti dipertahankan kedudukannya agar terus kukuh dan ampuh. Keampuhan bahasa Melayu membolehkan kehidupan menjadi lebih sejahtera.
Rangkap 3
Pejuang bahasa memiliki semangat waja dan cekal untuk mendaulatkan bahasa Melayu di tanah air tercinta dan mengembangan pengaruhnya ke seluruh dunia.
Rangkap 4
Sejarah telah mencatatkan zaman kemasyhuran bangsa Malaysia. Mereka berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara di seluruh kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu turut dipandang tinggi serta berperanan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perhubungan pada masa itu.
Rangkap 5
Bahasa Melayu yang indah kata-katanya dan kaya dengan pelbagai ilmu, seiring dengan kesopanan bangsa Melayu berupaya untuk terus berkembang maju di arena antarabangsa dan semakin menempa kejayaan pada alaf baharu.
TEMA
Kedaulatan bahasa Melayu yang tinggi martabatnya wajar dipertahankan.
PERSOALAN
1. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan penyatuan masyarakat.
NILAI
1. Cinta akan bahasa kebangsaan
2. Tanggungjawab
3. Hamah tinggi
4. Kesyukuran
Tuesday, October 12, 2010
Soalan Klon EXCEL 1 (Peperiksaan Akhir ) : Membina ayat
Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. semangat baru
ii. pelbagai kaum
iii. jurang pendapatan
iv. jualan murah
v. belum mendapat pulangan
vi. terurainya ikatan persahabatan
Tuesday, September 14, 2010
Kuiz 4 : Mengenal pasti kesalahan tatabahasa
(i) Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekarang ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.
(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.
(iii) Tujuan Konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkat kualiti modal insan agar mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara.
(sumber: Peperiksaan percubaan SPM negeri Johor 2009)
p/s : Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.
Kuiz 3 : Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah
Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?
Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.
Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak.
Sara : Er...! saya betul-betul dalam kecemasan.
Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?
Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
(Sumber : Peperiksaan Percubaan MRSM 2009)
p/s rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan
Kuiz 2 : Membina ayat
(i) daya saing
(ii) cetak rompak
(iii) berbelah bahagi
(iv) bercampur aduk
(v) mengambil alih
(vi) membaik pulih
(Sumber: Peperiksaan Percubaan 2009 negeri Terengganu)
p/s: sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.
Kuiz 1 : Jenis Ayat
(i) Hantarkan tugasan itu sebelum hari Ahad
(ii) Pokok tinggi itu sudah tumbang semalam.
(iii) Tak Usah engkau mengambil tahu akan hal aku lagi.
(iv) Wah, cantiknya lukisan kamu!
(v) Bencana Tsunami banyak mengorbankan nyawa penduduk kampung.
(vi) Bilakah kamu akan berangkat ke Kuala Lumpur?
(Sumber : Soalan percubaan SPM 2009 negeri Kelantan)
p/s : Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan jawapan.
Saturday, July 24, 2010
Contoh Karangan Pelajar 2 ( Cerpen tema hari ibu)
Mohd Azfar Bin Mohammad
4 Arif SMK Tungku Lahad Datu
Terdengar batuk yang agak keras dari arah dapur. Ternyata batuk itu datangnya dari ibu. Ibu kelihatan sedang meniup kayu api untuk menjerang air. Air itu digunakan untuk membuat kopi. Agak terkilan juga hati melihat kepayahan orang tua itu. Terasa ingin sahaja aku melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang singkat. Namun, apakan daya, sudah nasib.
"Azfar, Afiq, Atikah, mari sini nak. Sarapan dah siap ni." Ibu dengan suaranya yang agak lantang memanggil kami untuk bersarapan. Menunya seperti biasa, iaitu kopi yang kurang manis dan biskut kering. Aku berasa bersyukur kerana walaupun dalam keadaan yang sangat susah, kami mampu juga mengisi perut kosong. Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jam sudah menunjukkan enam pagi. Aku mencium tangan ibu dan ayah sebelum berangkat ke sekolah. Aku mempercepat langkahku. Aku tidak ingin datang lewat lagi seperti kelmarin. Jika tidak, berbekas merah lagi tanganku. Sampai sahaja di sekolah, kelihatan kelibat seorang lelaki yang tinggi lampai. Oh, Cikgu Abu Bakar! Aku sempat memberi salam kepadanya sebelum masuk ke kelas.
"Semua berdiri, Assalammualaikum, cikgu." Kami semua hampir serentak memberi salam kepada cikgu Mustafa yang mengajar subjek Pendidikan Sivik. Dia memulakan sesi pembelajaran tersebut dengan doa serta puji-pujian kepada Allah yang Esa.
"Hari ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu pengorbanan seorang guru," beritahu cikgu dengan nada yang halus. Mendengarkan pemberitahuan tersebut, aku dapat merasa perbincangan ini pasti menarik.
"Baiklah Azfar, sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan kamu tentang pengorbanan seorang ibu kamu." Dengan kadar segera, aku terus meluru ke depan. Sebelum memulakan cerita, saya mengambil kesempatan memberi salam dan penghargaan kepada cikgu Mustafa serta rakan-rakan.
"Rakan-rakan, saya sangat bertuah mempunyai ibu seperti ibu saya. Beliau sangat prihatin terhadap pendidikan walaupun hidup dalam keadaan yang sangat daif, namun dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kami. Dia mampu menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik dalam satu mas. saya bangga dilahirkan melalui rahimnya," jelasku panjang lebar kepada kawan-kawanku. Tanpa aku sedari, air mata mula bergenang di mata. Ditambah lagi dengan hati yang sebak menyebabkan tangisanku semakin menjadi-jadi.
Kring...kring...
Bergena bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Entah mengapa aku terasa ingin sekali cepat sampai ke rumah. Rumahku sudah kelihatan. Pelik kulihat banyak kereta berbaris di hadapan rumahku. Sesekali terdengar bunyi chain saw yang membingit telinga. Aku mula berlari-lari anak. Perasaan ingin tahu di dalam hati semakin membuak-buak. Kasut kutanggalkan secepat mungkin bagi merungkai perasaan yang seakan cemas. Perasaan cemasku semakin menggila setelah melihat semua orang menangis.
Aku tergamam melihat sekujur badan yang kaku, diselimuti kain putih seluruhnya. Tiba-tiba ayah mendekatiku.
"Azfar, bapa yahu kamu seorang anak yang kuat. Ibu kamu telah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya. " Dengan serta-merta, air mata mula membasahi pipi. Kata-kata ayah sebentar tadi sentiasa terngiang-ngiang di telingaku. Aku segera mendekati jasad ibu yang sudah tidak bernyawa. Aku menciumnya buat kali terakhir dan kutatap riak wajahnya puas-puas.
Mayat ibi telah selesai dikebumikan. Imam Haji Dzulqarnain sedang khusyuk berdoa. Terdengar sayup suara tangisan menyelubungi kawasan tanan perkuburan itu. Aku sempat menitipkan doa untuk ibu. Jauh di dalam lubuk hatiku, perasaan kecewa menguasai. Ibu pergi ketika aku baru berusia 16 tahun. Belum sempat membalas segala jasanya yang tidak terhingga. Aku mohon dikuatkan iman dan diberi semangat untuk meneruskan hidup, tanpa ibu.
Monday, February 8, 2010
Contoh karangan pelajarku
Banyak kebaikan yang bakal kita perolehi sekiranya mengikuti aktiviti ini. Program ini dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Semangat ini dapat diwujudkan seandainya ada interaksi bantu-membantu dalam pasukan. Contohnya aktiviti gotong-royong, sukan lasak dan perkhemahan. Semangat berpasukan yang wujud dalam diri remaja boleh diibaratkan sebagai ”aur dengan tebing” kerana sifat ini memerlukan kerjasama dan sifat tolong-menolong.
Selain daripada itu, program ini juga mampu meningkatkan lagi pengalaman dan pengetahuan pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan dalam program ini, remaja dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan aktiviti tersebut. Contohnya berkayak dan lompat tinggi. Mereka juga dapat mengetahui budaya dan kepercayaan masyarakat setempat di samping menambahkan kenalan.
Di samping itu, melalui program ini, kesedaran sivik dan disiplin dapat dilahirkan dan diterapkan dalam diri pelajar. Sunggupun berjauhan dengan keluarga, remaja mampu berdikari dan dapat berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa. Sikap-sikap yang buruk juga dapat dikikis dengan adanya solat berjemaah dan mengaji bersama-sama di surau.
Sunggupun demikian, program ini juga mempunyai beberapa masalah mahupun keburukan. Program ini sungguh memenatkan. Jadual harian yang terlalu padat menyukarkan remaja untuk mengurus masa dengan sistematik. Waktu rehat adalah tidak cukup. Contohnya selepas sahaja remaja melakukan aktiviti lasak, mereka harus segera membersihkan diri, kemudian makan dan minum. Pada waktu malamnya pula, mereka harus menghadiri ceramah motivasi yang kadangkala berlanjutan sehingga jam 10 malam.
Tambahan pula, besar kemungkinan, mereka mendapat kecederaan mentaliti mahupun fizikal. Aktiviti yang terlalu banyak dapat mengurangkan fokus sesetengah remaja semasa aktiviti dijalankan. Sekiranya mereka kerap terjatuh atau tersadung, mereka mungkin boleh cedera. Kadangkala, kecuaian remaja dalam menyelesaikan dan menjalankan aktiviti membolehkan pelajar tersebutr hilang keyakinan diri dan terganggu emosi ataupun mentalitinya.
Program ini juga menyebabkan murid terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka. Ini menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan orang lain mahupun dalam menghadapi perubahan keadaan atau situasi sekeliling yang bakal ditempuh. Mereka berkemungkinan memencilkan diri dalam bilik. Perasaan rindu yang amat sangat terhadap tempat asal dan keluarga juaga mendorong perilaku memencil diri ini. Simptom ini seringkali melanda remaja perempuan. Contohnya mereka mungkin jarang bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.
Sunggupun aktiviti ini mempunyai keburukan, namun, manfaat yang bakal kita peroleh amatlah lumayan dan berfaedah. Program ini haruslah diteruskan untuk melahirkan generasi yang bermatlamat, berinovasi dan berkualiti pada masa kini mahupun masa akan datang. Oleh itu, kerjasama di antara rakyat dan kerajaan dalam menjayakan program ini amat penting dan harus wujud. Bak kata pepatah ”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.