Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kridibeliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri cabinet yang termuda dalam meneraju Negara. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasulullah....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.
Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.
Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.
Sidang saksi yang bervisi,
Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran Negara . Lihat sahaja kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka ini bakal menjadi asset terpenting Negara dalam usaha mengejar impian. Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.
Sidang dewan yang dikasihi sekalian,
“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi’ dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti disitu, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan Negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.
Sidang dewan yang penuh santun,
Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mantel remaja, menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam stretegik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Riong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mantel adalah suatu perkara yang signifikan.
Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,
“Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara”, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan.
Hadirin yang penuh santun,
Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”, “bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia mengharumkan nama Negara.
Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w
MALAYSIA DI PENTAS DUNIA
Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.
Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakala dunia merujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.
Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,
Di bawah lembayung kata “Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh” menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.
Sidang hadirin yang budiman,
Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci “politik di Malaysia lambang keamanan dunia”. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.
Sidang hadirin yang santun budi,
“Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama”, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.
Sidang hadirin yang penuh intelektual,
Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata “Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan”. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.
Sidang pendengar yang setia
Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.
Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.
indikator itu apa?
ReplyDeletekata kunci
Deletecikgu, saya minta izin untuk mengambil teks ini cikgu.
ReplyDeletenama saya AMIRUL HAFIZ BIN RAMLI
SEKOLAH MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI
saya berminat ingin mengambilnya untuk tujuan memantapkan lagi syrahan saya yg bakal berlangsung tidak lama lagi di peringkat negeri.
Assalam . Sya harap cg halalkan teks yg saya ambil ni .Tq
Deleteassalamualaikum cikgu...sye hrp cikgu izinkn sye utk mengambil teks pidato ini.. terima kasih cikgu.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu,saya berminat utk mengambil teks ini.saya harap cikgu izinkan.terina kasih cikgu.
ReplyDeleteharap cikgu izinkan saya menggunakan teks ini untuk pidato di sekolah saya nanti.....
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih kepada cikgu ,
banyak informasi yang saya peroleh,
izinkan saya untuk menimba ilmu yang dikongsi :)
assalamualaikum...minta izin share teks ini sbg rujukan utk pidato murid2 sy..syukran jazilan
ReplyDeleteassalamualaikum.Saya minta izin untuk cpy pidato ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteCikgu izinkan saya guna teks ni untuk pertandingan pidato peringkat sekolah. Terima kasih.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCikgu izinkan sy menggunakan teks ini untuk dijadikan rujukan pidato sekolah saya. Terima kasih
Kepadan semua...saya benarkan teks pidato saya digunakan..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMohon kebenaran untuk saya menggunakan teks ini sebagai rujukan, terima kasih
assalam , sya amat kagum dgn pidato yg tlah cg cipta , izinkan sya utk copy cg , thx before ^^
ReplyDeleteAssalam..saya mohon izin tuan untuk jadikan teks pidato ini sebagai teks rujukan. Terima kasih : Nurul, Muar.
ReplyDeleteassalammualaikum, mohon share teks pidato ini. terima kasih.
ReplyDeleteassalammualaikum..mohon izin untuk jadikan tekas ini sebagai rujukan
ReplyDeletesalam... mohon izin untuk jadikan teks ini sebagai rujukan dan panduan...
ReplyDeleteassalamualaikum..saya minta izin untuk cpy teks ini sebagai rujukan,terima kasih
ReplyDeleteMinta izin copy ye cikgu..tajuknya bagus
ReplyDeletemintak izin copy cigu....cam siuk pulak....(from sabah)
ReplyDeleteassalamualaikum...saya mahu meminta izin utk menggunakan teks pidato ini sebagai rujukan permulaan saya untuk berpidato...izinkan saya yer cikgu
ReplyDeletecikgu, mintak izin guna teks pidato ni untuk pertandingan pidato saya. terima kasih
ReplyDeletesye minta izin copy ye...terima ksh,ckg...
ReplyDeletehebat!
ReplyDeleteSaya minta izin copy :)
ReplyDeleteassalamualailum.. saya minta izin guna teks ini sebagai rujukan
ReplyDeleteMOHON COPY UNTUK ANAK DI SEKOLAH
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu, saya Hafizatul Adawiyah Binti Ayub daripada SMK PASIR GUDANG 1, mohon untuk menggunakan teks pidato di atas sempena bulan bahasa sekolah saya.. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, ribuan terima kasih diucapkan , saya terpanggil untuk melawat blog cikgu seterusnya meminjam teks pidato cikgu.
ReplyDeleteAssalam cikgu datu.. Mohon izin menggunakan teks pidato untuk tujuan pembelajaran. Zaki.
ReplyDeleteSalam Datu, saya Nor Akma satu kelas masa kat UPSI. Terima kasih, pidato ini sangat baik dan dapat dijadikan rujukan untuk anak murid saya.
ReplyDeletecikgu, saya pelajar dari SMK JALAN MENGKIBOL KLUANG,JOHOR meminta izin untuk mengambil teks ni sebagai pidato saya. terima kasih cikgu :)
ReplyDeletesalam..? mohon izin saya menggunakan teks ini....moga2 Allah berkati hidup anda...amin
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu. izinkan saya berkongsi teks pidato ini. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Datu Ramlee Datu Amir Hussin, Saya, Danish Diani memohon untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan. Jutaan terima kasih diucapkan.
ReplyDeletesaya mintk izin copy ye..
Deletesalam.. mohon kebenaran cikgu untuk gune teks bagi sesi pembelajaran. terima kasih
ReplyDeletesalam.. mohon kebenaran untuk guna teks bagi pemilihan pidato . terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteteks yang sangat menarik! saya mohon kebenaran untuk mengguna teks tersebut.
terima kasih :)
Assalamualaikum... saya ingin meminta izin untuk menggunakan teks ini untuk persediaan saya mebuat ULBS bahasa melayu di sekolah..
ReplyDeleteMohon kongsi bahan.tq
ReplyDeleteassalam cikgu...mohon kongsi bahan ya..terima kasih :)
ReplyDeleteassalammualaikum cikgu. saya berminat teks pidato ini.oleh itu saya meminta izin cikgu untuk mengambil teks ini .sekian terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum , mohon untuk mengambil contoh ini sebagai panduan .
ReplyDeletesalam....saya mohon jasa baik tuan untuk copy teks pidato nukilan tuan sebagai rujukan dalam membuat karangan saya..sekian,terima kasih atas jasa baik tuan...semoga tuan diberkati olehNya...salam
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu.. saya Azahani...saya memohon izin untuk copy teks tuan sebagai sumber rujukan.. terima kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya memohon izin daripada pihak tuan untuk membenarkan saya menggunakan teks tuan sebagai rujukan dan panduan untuk pelajar saya berlatih pidato..semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain..terima kasih.
ReplyDeletecikgu.saya ambil sedikit info dari teks pidato ini.
ReplyDeleteterima kasih saya ucapkan kerana mmbantu saya.
Assalamualaikum cikgu. Sy meminta izin untuk mengambil informasi dlm teks pidato ini. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam cikgu. Mohon copy ye cikgu. Terima kasih
ReplyDeleteassalamualaiikum,saya minta keizinan untuk mengambil teks ini sebagai rujukan.terima kasih cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum .
ReplyDeleteCikgu . saya basyirah dr sek men keb bkt sentosa 2 .
Cikgu . saya mohon share teks pidato sebagai rujukan dan dalam sesi pembelajaran .
Terimakasih
mohon ambil teks ini sebagai contoh untuk anak saya d mrsm. tk
ReplyDeletesalam. harap dihalalkan saya mengguakan teks pidato ini :) sekadar sementara.
ReplyDeletecikgu,,mohon benarkan saya gunakan teks pidato ini sebagai rujukan...terima kasih..
ReplyDeletesalam. cikgu, izinkan saya gunakan pidato ini sbgai rujukan. harap dihalalkan.
ReplyDeletesalam , izinkan saya copy teks ini , sangat gempak
ReplyDeleteAssalam, izinkan saya copy teks ini. trimakasih.
ReplyDeleteassalamualaikum .. izinkan saya copy teks ini untuk dijadikan sbgai panduan untuk pertandingan pidato dua hari lagi .. semoga memberi kemenangan .. InsyaAllah .
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu.
ReplyDeleteMohon izin untuk mengambil contoh pidato ini untuk dijadikan rujukan :)
Assalamualaikum Cikgu.Mohon izin untuk mengambil contoh pidato ini untuk dijadikan rujukan.
ReplyDeleteHi, saya mohon izin untuk jadikan teks pidato ini sebagai rujukan untuk pertandingan pidato saye nanti. Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum Encik.Mohon izin untuk mengambil contoh pidato ini untuk dijadikan rujukan
ReplyDeleteTerima kasih
assalamualaikum cikgu, minti izin ambil idato cikgu sebagai rujukan untuk pengucapan awam di kolej saya. Nama saya Nurul Nabila Kamarul Haslan. Minta halal ye tuan.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu , minta izin untuk saya jadikan teks pidato cikgu buat rujukan pidato .
ReplyDeletecikgu, saya minta izin untuk mengambil teks ini cikgu.
ReplyDeletenama saya MUHAMMAD ZIKRY IRFAN
SEKOLAH MAKTAB MAHMUD SIK
saya berminat ingin mengambilnya untuk tujuan memantapkan lagi syrahan saya yg bakal berlangsung tidak lama lagi di peringkat sekolah pada tahun hadapan .
Assalamualaikum cikgu, saya amnie adiena dari KUIS mohon izin untuk mengambil teks ini sebagai rujukan dalam pengucapan awam saya. Terima kasih :)
ReplyDeleteassalam cikgu..minta izin copy
ReplyDeleteassalam cikgu..minta izin copy
ReplyDeleteassalamualaikum pinjam ni punya teks. takpekan.. perhatian rayyan menaip...sesiape nak couple dgn saya bole...saye nak awk jadi bunga saye...
ReplyDeleteperasan
Deleteassalammualaikum..mohon izin untuk jadikan teks ini sebagai panduan ... Terima kasih
ReplyDeleteharap cikgu izinkan saya menggunakan teks ini untuk pidato di sekolah saya nanti.....
ReplyDeleteAssalamualaikum, izinkan saya jadikan teks ini sebagai panduan untuk ujian lisan ya... terima kasih :)
ReplyDeleteAssalamualaikum, izinkan saya jadikan teks ini sebagai panduan untuk ujian lisan ya... terima kasih :)
ReplyDeleteSalam Alaikh , cikgu izinkan saya jadikan teks ini sebagai panduan saya :)\
ReplyDeleteassalamualaikum ...bleh bagi pidato tajuk tekun membaca masyarakat jaya
ReplyDeleteassalamualaikum ...bleh bagi pidato tajuk tekun membaca masyarakat jaya
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu...sye hrp cikgu izinkn sye utk mengambil teks pidato ini.. terima kasih cikgu.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu. izinkan saya utk ambil teks ini sbg teks utk pertandingan nnti? bo
ReplyDeleteMohon guna teks ni untk prtndngan
ReplyDeleteAssalamualaikum , mohon untuk mengambil contoh ini sebagai panduan dan dlm pertandingan sy nnt ^_^. tq
ReplyDeleteAssalam.minta izin guna
ReplyDeleteAssalamualaikum, izinkan saya ambil ni sbg contoh...terima kasih cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Saidatul Ashikin dari UiTM Negeri Sembilan ingin meminta kebenaran untuk menjadikan teks pidato ini sebagai rujukan. Ribuan terima kasih saya dahulukan.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya mintak izin untuk copy teks ini. Terima kasih :)
ReplyDeleteassalamualaikum, izinkan saya copy teks ini. terima kasih
ReplyDeleteSaya meminta izin menggunakan teks ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Pn. Noor Hasimah dari SMK Panchor, Seremban. Saya mohon keizinan daripada pihak tuan untuk menjadikan teks pidato tuan sebagai bahan rujukan saya. terima kasih.
ReplyDeletesalam.saya muhammad ammar azfar dari smk permatang pasir,penang minta kebenaran cikgu nak ambik teks diatas bagi ujian bertutur bahasa melayu.terima kasih
ReplyDeletemohon utk copy.
ReplyDeletecikgu, mohon izin untuk saya jadikan rujukan, terima kasih cikgu
ReplyDeletecikgu ,sya minta izin untuk menggunakan teks ini,terima kasih.
ReplyDeleteMintak izin guna teks ni ya cikgu.Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu.. Izinkan saya guna teks cikgu sbgai bahan rujukan untuk prtndgn pidato .. terima kasih
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM CIKGU...SAYA MOHON UNTUK MENJADIKAN TEKS PIDATO CIKGU UNTUK RUJUKAN SAYA. TERIMA KASIH
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Izinkan saya guna teks cg sbg rujukan
DeleteAssalamualaikum. Izinkan saya guna teks cg sbg rujukan
DeleteAssalamualaikum .izinkan sye menggunakan teks cikgu, terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu, mohon izin untuk menggunakan teks cikgu. Terima kasih 😊
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu, saya pelajar dari SM Sains Kota Tinggi ingin meminta izin untuk menggunakan teks cikgu ini ya. terima kasih :)
ReplyDeleteassalam..saya berminat nk amik pidato ni utk jdikan bahan utk saye mnjlni ujian lisan...sy hrp halalkn ye..
ReplyDeletesalam Datu..Saya Nor Azilah satu kelas dengan cikgu masa di UPSI.Baru mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 2018.Mohon izin menggunakn teks pidato sebagai panduan.terima kasih..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon keizinan untuk saya gunakan teks cikgu sebagai rujukan. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam.. Mohon izin untuk mengambil dan mengolah sedikit teks tersebut
ReplyDeleteAssalamualaikum cg.. Sy memohon utk mnggunakan teks ini sbagai rujukan utk pidato sy,trima ksih
ReplyDeleteassalammualaikum. izinkan saya untuk menggunakan teks pidato ini untuk mengambil ilmu yang ada.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Cg Khalifah dari SMK (Felda) Besout, ingin memohon keizinan tuan untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan.
ReplyDeletemohon izin utk gunakan teks ini ya,terima kasih...
ReplyDeleteAssalamualaikum mohon izin copy
ReplyDeleteAssalamualaikum , saya mohon keizinan untuk copy teks pidato .
ReplyDeleteMohon izin share
ReplyDeleteMohon izin share
ReplyDeleteassalamualaikum, saya mohon keizinan tuan untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan saya. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya pelajar universiti ingin meminta keizinan untuk menjadikan teks ini sebagai rujukan ye
ReplyDeleteassalamualaikum tuan mohon izin menggunakan teks pidato ini untuk pertandingan di sekolah saya
ReplyDeleteSalam tuan, mohon izin guna untuk pembentangan.
ReplyDeleteasslm mnta izin gn teks ni ya..terima kasih
ReplyDelete