Monday, February 8, 2010

Contoh karangan pelajarku


PLKN : Kepentingan dan masalah
Siti Fatimah Binti Amberen
4 Arif SMK Tungku Lahad Datu, Sabah
PMR: 8A
Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan remaja telah diwujudkan oleh kerajaan. Hal ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada terjerumus ke kancah sosial yang tidak berfaedah. Program Latihan Khidmat Negara adalah satu program yang mewajibkan remaja lelaki mahupun perempuan mengikutinya selama tiga bulan. Ramai pihak yang bersetuju terhadap program ini, namun, ada juga pihak yang menyangkalnya.

Banyak kebaikan yang bakal kita perolehi sekiranya mengikuti aktiviti ini. Program ini dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Semangat ini dapat diwujudkan seandainya ada interaksi bantu-membantu dalam pasukan. Contohnya aktiviti gotong-royong, sukan lasak dan perkhemahan. Semangat berpasukan yang wujud dalam diri remaja boleh diibaratkan sebagai ”aur dengan tebing” kerana sifat ini memerlukan kerjasama dan sifat tolong-menolong.

Selain daripada itu, program ini juga mampu meningkatkan lagi pengalaman dan pengetahuan pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan dalam program ini, remaja dapat meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan aktiviti tersebut. Contohnya berkayak dan lompat tinggi. Mereka juga dapat mengetahui budaya dan kepercayaan masyarakat setempat di samping menambahkan kenalan.

Di samping itu, melalui program ini, kesedaran sivik dan disiplin dapat dilahirkan dan diterapkan dalam diri pelajar. Sunggupun berjauhan dengan keluarga, remaja mampu berdikari dan dapat berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa. Sikap-sikap yang buruk juga dapat dikikis dengan adanya solat berjemaah dan mengaji bersama-sama di surau.

Sunggupun demikian, program ini juga mempunyai beberapa masalah mahupun keburukan. Program ini sungguh memenatkan. Jadual harian yang terlalu padat menyukarkan remaja untuk mengurus masa dengan sistematik. Waktu rehat adalah tidak cukup. Contohnya selepas sahaja remaja melakukan aktiviti lasak, mereka harus segera membersihkan diri, kemudian makan dan minum. Pada waktu malamnya pula, mereka harus menghadiri ceramah motivasi yang kadangkala berlanjutan sehingga jam 10 malam.

Tambahan pula, besar kemungkinan, mereka mendapat kecederaan mentaliti mahupun fizikal. Aktiviti yang terlalu banyak dapat mengurangkan fokus sesetengah remaja semasa aktiviti dijalankan. Sekiranya mereka kerap terjatuh atau tersadung, mereka mungkin boleh cedera. Kadangkala, kecuaian remaja dalam menyelesaikan dan menjalankan aktiviti membolehkan pelajar tersebutr hilang keyakinan diri dan terganggu emosi ataupun mentalitinya.

Program ini juga menyebabkan murid terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka. Ini menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan orang lain mahupun dalam menghadapi perubahan keadaan atau situasi sekeliling yang bakal ditempuh. Mereka berkemungkinan memencilkan diri dalam bilik. Perasaan rindu yang amat sangat terhadap tempat asal dan keluarga juaga mendorong perilaku memencil diri ini. Simptom ini seringkali melanda remaja perempuan. Contohnya mereka mungkin jarang bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain.

Sunggupun aktiviti ini mempunyai keburukan, namun, manfaat yang bakal kita peroleh amatlah lumayan dan berfaedah. Program ini haruslah diteruskan untuk melahirkan generasi yang bermatlamat, berinovasi dan berkualiti pada masa kini mahupun masa akan datang. Oleh itu, kerjasama di antara rakyat dan kerajaan dalam menjayakan program ini amat penting dan harus wujud. Bak kata pepatah ”bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

1 comment:

  1. Blackjack City - Casino, Slots, Poker, Agenda - Mapyro
    Welcome to Blackjack City, a top casino destination in the city. 양산 출장안마 the blackjack 천안 출장안마 side of 광명 출장샵 the city 속초 출장안마 center, while 제주 출장마사지 the blackjack side is a

    ReplyDelete