Saturday, July 24, 2010

Contoh Karangan Pelajar 2 ( Cerpen tema hari ibu)


Sesuci Kasih Ibu
Mohd Azfar Bin Mohammad
4 Arif SMK Tungku Lahad Datu

"ukh...ukh..."

Terdengar batuk yang agak keras dari arah dapur. Ternyata batuk itu datangnya dari ibu. Ibu kelihatan sedang meniup kayu api untuk menjerang air. Air itu digunakan untuk membuat kopi. Agak terkilan juga hati melihat kepayahan orang tua itu. Terasa ingin sahaja aku melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang singkat. Namun, apakan daya, sudah nasib.

"Azfar, Afiq, Atikah, mari sini nak. Sarapan dah siap ni." Ibu dengan suaranya yang agak lantang memanggil kami untuk bersarapan. Menunya seperti biasa, iaitu kopi yang kurang manis dan biskut kering. Aku berasa bersyukur kerana walaupun dalam keadaan yang sangat susah, kami mampu juga mengisi perut kosong. Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jam sudah menunjukkan enam pagi. Aku mencium tangan ibu dan ayah sebelum berangkat ke sekolah. Aku mempercepat langkahku. Aku tidak ingin datang lewat lagi seperti kelmarin. Jika tidak, berbekas merah lagi tanganku. Sampai sahaja di sekolah, kelihatan kelibat seorang lelaki yang tinggi lampai. Oh, Cikgu Abu Bakar! Aku sempat memberi salam kepadanya sebelum masuk ke kelas.

"Semua berdiri, Assalammualaikum, cikgu." Kami semua hampir serentak memberi salam kepada cikgu Mustafa yang mengajar subjek Pendidikan Sivik. Dia memulakan sesi pembelajaran tersebut dengan doa serta puji-pujian kepada Allah yang Esa.

"Hari ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu pengorbanan seorang guru," beritahu cikgu dengan nada yang halus. Mendengarkan pemberitahuan tersebut, aku dapat merasa perbincangan ini pasti menarik.

"Baiklah Azfar, sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan kamu tentang pengorbanan seorang ibu kamu." Dengan kadar segera, aku terus meluru ke depan. Sebelum memulakan cerita, saya mengambil kesempatan memberi salam dan penghargaan kepada cikgu Mustafa serta rakan-rakan.

"Rakan-rakan, saya sangat bertuah mempunyai ibu seperti ibu saya. Beliau sangat prihatin terhadap pendidikan walaupun hidup dalam keadaan yang sangat daif, namun dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kami. Dia mampu menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik dalam satu mas. saya bangga dilahirkan melalui rahimnya," jelasku panjang lebar kepada kawan-kawanku. Tanpa aku sedari, air mata mula bergenang di mata. Ditambah lagi dengan hati yang sebak menyebabkan tangisanku semakin menjadi-jadi.

Kring...kring...

Bergena bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan telah berakhir. Entah mengapa aku terasa ingin sekali cepat sampai ke rumah. Rumahku sudah kelihatan. Pelik kulihat banyak kereta berbaris di hadapan rumahku. Sesekali terdengar bunyi chain saw yang membingit telinga. Aku mula berlari-lari anak. Perasaan ingin tahu di dalam hati semakin membuak-buak. Kasut kutanggalkan secepat mungkin bagi merungkai perasaan yang seakan cemas. Perasaan cemasku semakin menggila setelah melihat semua orang menangis.

Aku tergamam melihat sekujur badan yang kaku, diselimuti kain putih seluruhnya. Tiba-tiba ayah mendekatiku.

"Azfar, bapa yahu kamu seorang anak yang kuat. Ibu kamu telah meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya. " Dengan serta-merta, air mata mula membasahi pipi. Kata-kata ayah sebentar tadi sentiasa terngiang-ngiang di telingaku. Aku segera mendekati jasad ibu yang sudah tidak bernyawa. Aku menciumnya buat kali terakhir dan kutatap riak wajahnya puas-puas.

Mayat ibi telah selesai dikebumikan. Imam Haji Dzulqarnain sedang khusyuk berdoa. Terdengar sayup suara tangisan menyelubungi kawasan tanan perkuburan itu. Aku sempat menitipkan doa untuk ibu. Jauh di dalam lubuk hatiku, perasaan kecewa menguasai. Ibu pergi ketika aku baru berusia 16 tahun. Belum sempat membalas segala jasanya yang tidak terhingga. Aku mohon dikuatkan iman dan diberi semangat untuk meneruskan hidup, tanpa ibu.

10 comments: